Perasaan !!

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Peribahasa ini persis seperti hidup kita. Jangan melihat kebahagian seseorang itu diperolehi dngan sekelip mata. Kita tidak tahu apa yang dilalunya sehingga dia memperolehi kebahagian sedemikian. 

Ombak dan badai yang telah menghempaskan bebanan didalam hatinya guruh petir yang sambar menyambar ribut taufan yang melandai jiwa dan raganya telah memperkuatkan dia untuk terus berdiri dan mencari kebahagiannya sendiri. 

Kekuatan itu hadir takala dia telah rasa terlalu sakit sehinggakan dia sendiri tidak sadar akan kesakitan itu kerana dia telah tepu akan rasa itu. Oleh itu berbaki kekuatan yang tersisa dia mengikat semula dinding yang hancur berkecai itu dan berjalan terus ke hadapan merempuhi segala onak duri untuk mencari semula benteng pertahanan diri dan kebahagiaan hidup