Bagi
Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat
Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah
Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh
diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.
Tulisan
Sankrit ada menyebut Kedah sebagai “Kataha” atau “Kadara” dan tulisan-tulisan
Tamil yang menyebur Kedah sebagai “Kadaram” atau “Kalagam”. “Kadaram” bermakna
kuali besar dan “Kalagam” pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama
Kedah berasal daripada perkaraan “Kheddah” yang bermaksud perangkap gajah.
Ada
pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan
Arab. “Kedah” yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang
Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan
“Kedah” untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka.
Daripada hasil penulisan sejarah pedagang¬ pedagang China dan kronikel
pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga
dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang
tersendiri. Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 – 665)
Kedah disebut sebagai “Langgasu” atau ” Langa” (atau Langkasuka). Dari
penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai
“Chiah-Chin” atau “Kie Ta’a”ataupun “Kieteha”. Dilaporkan bahawa
penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum
Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya
kedudukan kerajaan Langkasuka itu.
Penulis
dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat
Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar
sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli
arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di
Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang.
Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 – 916) Kedah disebut sebagai
“Kora” atau “Kola”. Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga “Sri Pura” dan
namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis
dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh
Palembang. Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids
Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai “Gedda”. Nama
itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan “Khadar” yang bermaksud tanah yang
sesuai untuk tanaman padi. ” Kidara” dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna
yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah “Kala” dalam bahasa Parsi yang
bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah
Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. “Serokam” dikaitkan dengan perkataan
Hindustan “Sara” yang bermaksud bangunan dan “Kami” yang bermaksud urusan.
Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah
menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal “Kataha”
nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun
ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya,
Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa
raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365)
menyebut nama “Kedah” dan “Langkasuka” sebagai kawasan-kawasan yang dikuasa.